Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan jumlah peruntukan kepada Sabah dan Sarawak berdasarkan perkara 112D Perlembagaan Persekutuan akan ditingkatkan pada kadar yang munasabah.<br /><br />Malah, perkara itu akan dibincangkan beliau bersama Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor hujung bulan ini di Kuching pada mesyuarat majlis tindakan pelaksanaan MA63.